Sinar Harian
KLANG - Satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadikan bangunan usang di Bandar Armada Putra di sini sebagai lokasi panas kegiatan terbabit.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, beliau mahu membincangkan bagi satu jawatankuasa khas menilai semula status bangunan terbabit sama ada terdapat pemilik atau sebaliknya.Menurutnya, perbincangan ini akan melibatkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)."Jika tak diselesaikan punca, sampai bila masalah ini akan berakar umbi."Saya juga difahamkan cara pengedaran hari ini juga dibuat secara online sebab itu saya dapat maklumat penduduk dakwa pada waktu malam melihat motosikal berhenti ambil barang dan saya syaki itu barang terlarang."Kenapa buat sorok-sorok dan pantas. Saya kira, kita perlu lihat isu pokok untuk tindakan secara tuntas," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada KhamisSebelum itu, satu operasi Op Perdana dijalankan AADK Selangor dengan kerjasama JIM Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di empat blok bangunan usang terbabit pada jam 4.30 pagi.Hasilnya, 61 warga tempatan disahkan positif dadah.Dalam pada itu, Azmizam berkata, beliau yakin ada pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab yang menyelia kawasan terbabit hingga berlakunya isu penyalahgunaan dadah.Katanya, sekiranya ia tidak diatasi, perkara ini akan terus berlaku."Apa yang saya selalu terima ialah aduan berkenaan aktiviti keluar masuk, ada (orang) yang dikenali dan tidak dikenali dan antara aduan ialah salah guna dadah bukan sahaja hisap dadah, tapi mengedar... pihak luar datang ambil barang itu."Sebenarnya banyak kali operasi penguatkuasaan di kawasan ini tapi nampaknya tak berkurang, keluar (penagih) yang lama masuk yang baru."Ada yang saya kenal dan tidak. Tadi ada seorang makcik yang saya kenal, tak sangka dia terlibat dadah. Ada juga warga asing duduk di bangunan ini tanpa sebarang dokumen," ujarnya.Justeru, mesyuarat khas perlu disegerakan bagi menyelesaikan masalah ini segera dan masyarakat setempat perlu terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat aktiviti mencurigakan di sekitar kawasan ini.
Go to News Site