Collector
Warga emas melecur 60 peratus, bengkel baiki lori musnah | Collector
Warga emas melecur 60 peratus, bengkel baiki lori musnah
Sinar Harian

Warga emas melecur 60 peratus, bengkel baiki lori musnah

KUANTAN – Seorang warga emas melecur selepas sebuah bengkel membaiki lori di Lorong Bukit Setongkol di sini musnah dalam kebakaran pagi Khamis.Mangsa berusia 68 tahun yang dipercayai pemilik bengkel tersebut melecur kira-kira 60 peratus di hampir keseluruhan badan dan kini dirawat di zon merah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan tiba tiga minit kemudian."Setibanya di lokasi, didapati sebuah bengkel membaiki lori berkeluasan 15 x 32 kaki persegi terbakar kira-kira 70 peratus."Mangsa ditemui dalam keadaan melecur dan sedar namun mengalami kesukaran bernafas sebelum dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut."Mangsa yang cedera kini dirawat di zon merah HTAA dalam keadaan sedar dan sukar bernafas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau memberitahu, operasi pemadaman melibatkan 35 anggota bersama kekuatan logistik dari BBP Kuantan dengan bantuan BBP Indera Mahkota dan BBP Taman Tas.Jelasnya, pihaknya menggunakan beberapa aliran hos serta sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran bagi mengawal kebakaran di kedua-dua bahagian bangunan."Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.08 pagi," katanya.

Go to News Site