Collector
Seleweng dana RM230 juta: Timbalan NGO, pengarah syarikat dilepas dengan jaminan | Collector
Seleweng dana RM230 juta: Timbalan NGO, pengarah syarikat dilepas dengan jaminan
Sinar Harian

Seleweng dana RM230 juta: Timbalan NGO, pengarah syarikat dilepas dengan jaminan

SHAH ALAM - Timbalan Yang Dipertua sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan pengarah syarikat yang direman bagi membantu siasatan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM230 juta dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Khamis.Menurut sumber, kedua-dua suspek disyaki bersubahat memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikat salah seorang mereka bagi tujuan pelaburan dan peribadi."Pada 25 April lalu, kedua-dua suspek telah disambung reman lima hari dan hari ini mereka telah dilepaskan sebaik tempoh reman tamat," katanya.Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.Sebelum itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 50 dan 60-an telah direman selama empat hari bermula 22 April lalu.SPRM sebelum ini juga memaklumkan telah membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM150 juta.Media sebelum ini melaporkan penahanan kedua-dua individu di sekitar Lembah Klang pada 21 April lalu.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, penyelewengan berjumlah kira-kira RM230 juta dikesan berlaku dalam sebuah NGO dan setakat ini tidak membabitkan sumber dana daripada mana-mana institusi zakat di negara ini.Siasatan SPRM mendapati NGO terbabit menerima dana sumbangan daripada pelbagai pihak dan sumber termasuklah komisen yang diperolehi daripada kutipan tertentu untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.Pada 23 April, Sinar Harian melaporkan SPRM telah menyita aset tak alih bernilai lebih RM18.3 juta bagi membantu siasatan berkaitan kes terbabit.Sitaan tersebut melibatkan 14 hartanah yang terdiri daripada tujuh unit rumah kediaman, tiga unit ruang pejabat dan empat lot tanah di beberapa lokasi.

Go to News Site