Sinar Harian
PUTRAJAYA - Kesemua ADUN Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bersetuju untuk terus kekal dalam kerangka Kerajaan Perpaduan di negeri itu.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan dalam pertemuannya bersama 14 ADUN berkenaan pada Khamis.Menurutnya, pertemuan tersebut memberi ruang kepada semua pihak menjelaskan konteks sebenar di sebalik tindakan menarik sokongan yang sebelum ini mencetuskan pelbagai tafsiran politik."Menarik sokongan itu berjalan, tetapi kita tetap bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan."Ini adalah perkara yang harus ditafsirkan semula supaya tidak timbul persepsi yang salah ataupun pentafsiran yang salah mengenai perkara itu."Jadi saya ingin membetulkan persepsi berkenaan dan juga apatah lagi interpretasi yang harus diperbetulkan," katanyaBeliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Memperkasa Akses Dipercayai Merentasi Ekosistem Digital Malaysia dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) MyDigital ID di sini pada Khamis.AKAN MENYUSUL
Go to News Site