Sinar Harian
PUTRAJAYA - Selepas tiga hari, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merekod keterangan bekas pegawai Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu Chai Jin Shern atau James Chai pada Khamis.Keterangan itu diambil bagi membantu siasatan berhubung sebuah projek semikonduktor bernilai kira-kira RM1.1 bilion yang dibiayai oleh kerajaan.Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, keterangan penganalisis politik itu selesai kira-kira jam 9 malam selepas hadir pada jam 10 pagi."Proses merekod keterangan saksi itu telah selesai hari ini dan buat masa ini tidak disambung," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan James hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa sebelum keterangannya disambung pada keesokan hari.Pada 1 April lalu, SPRM dalam kenyataan berkata, James dikenal pasti sebagai individu yang diperlukan untuk membantu siasatan.Menurut SPRM, pada 4 Mac 2026, suruhanjaya telah mengeluarkan Notis Mengesan Individu bagi mengesan James sebelum menerima surat daripada Tetuan yang mewakili individu terbabit bertarikh 9 Mac 2026 memaklumkan bahawa James tidak dapat hadir untuk dirakam percakapan dengan alasan kos penerbangan dan kekangan pekerjaan.SPRM kemudiannya telah mengeluarkan surat balas bertarikh 13 Mac 2026 memberi lanjutan masa untuk James hadir pada 31 Mac 2026, namun beliau sekali lagi gagal memaklumkan keinginan untuk hadir.Berikutan itu, SPRM telah mengeluarkan surat pada 1 April yang menetapkan bahawa James perlu hadir dalam tempoh dua minggu.Pada 12 Februari, SPRM menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian.Sinar Harian sebelum ini melaporkan SPRM telah merekod keterangan 17 saksi melibatkan pegawai Kementerian Ekonomi serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Go to News Site