Collector
Penjawat awam tak terkecuali dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - SWCorp | Collector
Penjawat awam tak terkecuali dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - SWCorp
Sinar Harian

Penjawat awam tak terkecuali dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - SWCorp

PUTRAJAYA - Seramai 130 penjawat awam dikenakan Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) atas kesalahan membuang sampah di tempat awam sejak 1 Januari lalu.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, jumlah itu melibatkan 76 individu daripada kumpulan pelaksana, sektor keselamatan dan beruniform (31) dan 23 pesalah adalah daripada badan pengurusan dan profesional.Menurut beliau, sembilan daripada mereka dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) oleh mahkamah."Sepertimana diputuskan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Rabu, semua individu didapati bersalah ini akan kami maklumkan kepada ketua jabatan masing-masing," katanya.Beliau berkata demikian ketika pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri ke-7 melibatkan empat pesalah berusia 24 hingga 34 tahun di Persiaran Perdana, Presint 2, di sini pada Khamis.Mengulas lanjut, Khalid berkata, sebanyak 4,693 NPK dikeluarkan di tujuh negeri bermula 1 Januari sehingga Rabu."Jumlah ini melibatkan 3,468 warga tempatan dan selebihnya 26.1 peratus ataupun 1,225 pesalah warga asing."Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 105 individu disabitkan kesalahan diarah melaksanakan PKM serentak di enam negeri dan Kuala Lumpur serta Putrajaya pada Khamis."Seramai 59 merupakan pertama kali melaksanakan PKM manakala 46 lain adalah individu pernah melaksanakan sebelum ini untuk menggenapkan jumlah jam."Pesalah ini ditempatkan di lokasi terpilih melibatkan Esplanade Termerloh dan Riverfront Pekan (Pahang); Kangar Jaya, (Perlis); Dataran Pahlawan, Alor Setar (Kedah); City Park Seremban (Negeri Sembilan); Taman Rekreasi Pulai Bestari, (Johor); Pulau Melaka (Melaka) selain Kuala Lumpur dan Putrajaya," ujarnya.Khalid memaklumkan, seramai 10 individu didapati gagal menghadirkan diri ke mahkamah."Waran tangkap diaktifkan dan mendapat kerjasama polis mengesan mereka berdasar pada alamat di Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Kuala Lumpur."Nasihat kami, sila hadirkan diri semasa notis diberi untuk prosiding mahkamah nanti," katanya.

Go to News Site