Collector
Harta intelek pemangkin jenama tempatan ke pentas global | Collector
Harta intelek pemangkin jenama tempatan ke pentas global
Sinar Harian

Harta intelek pemangkin jenama tempatan ke pentas global

PETALING JAYA - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyasarkan lebih ramai inovator tempatan memanfaatkan harta intelek (IP) sebagai pemangkin untuk bersaing di peringkat antarabangsa, bukan sekadar sebagai perlindungan daripada peniruan.Ketua Pengarah MyIPO, Yusnieza Syarmila Yuso berkata, program seperti sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026 menjadi platform penting untuk mengangkat pemain tempatan ke tahap lebih tinggi. Menurutnya, IP perlu dilihat sebagai aset sebenar yang mampu menjana kekayaan, membuka peluang pekerjaan dan merangsang daya saing negara."Sebelum ini IP hanya dilihat dari sudut pendaftaran dan perlindungan. Kini kita mahu masyarakat faham bahawa IP juga boleh menjana pendapatan serta menjadi alat strategik untuk membina jenama dan mengembangkan syarikat hingga ke peringkat global," katanya dalam temu bual di Menara MyIPO.Sukan sebagai medium dekatkan IP dengan rakyatTema ‘Harta Intelek Nadi Malaysia Madani IP & Sukan: Dari Idea ke Podium’ dipilih kerana sukan dekat dengan rakyat dan mudah difahami. Ia juga membuktikan setiap kejayaan atlet disokong oleh inovasi serta perlindungan IP.Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang menjuarai acara keirin dalam siri Piala Dunia Trek UCI musim ini menjadi contoh bagaimana inovasi memainkan peranan penting di sebalik pencapaian sukan.Menurut Yusnieza, elemen IP wujud dalam pelbagai aspek termasuk kasut berteknologi tinggi, reka bentuk basikal, hak penyiaran, kandungan media dan strategi penjenamaan atlet."Sumbangan kepada industri sukan bukan hanya daripada atlet, tetapi juga produk sokongan seperti minuman tenaga yang turut dilindungi IP. Ini menunjukkan IP merangkumi kreativiti dan inovasi yang luas," ujarnya.Pendekatan ini turut diketengahkan melalui Anugerah Inspirasi Madani yang diperkenalkan dalam HHIN 2026 bagi mengiktiraf inovasi dan kekuatan jenama tempatan.IP buka peluang kerjaya, pembiayaanDalam jangka panjang, MyIPO berharap HHIN dapat membuka minda generasi muda agar meneroka peluang dalam inovasi dan keusahawanan, bukan hanya bergantung kepada sektor kerajaan.Bidang IP sendiri menawarkan pelbagai kerjaya seperti ejen paten, ejen cap dagang dan perunding IP yang memerlukan pensijilan serta kepakaran tertentu. Golongan profesional ini berperanan membantu syarikat, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mengurus dan memanfaatkan IP secara strategik.Selain itu, MyIPO turut berusaha menjadikan IP sebagai aset kewangan yang boleh digunakan sebagai cagaran bagi mendapatkan pembiayaan. Perkembangan ini sudah mula dilihat apabila terdapat syarikat tempatan menggunakan sijil IP untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan seperti MIDF."Ia membuktikan IP mempunyai nilai ekonomi sebenar dan boleh digunakan untuk mendapatkan modal serta mengembangkan perniagaan," jelasnya.MyIPO NEXTGEN: IP sebagai enjin baharu ekonomi negaraSementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam ucapan ketika Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026 (AHIN2026) pada Khamis, berkata, inisiatif kerangka transformasi MyIPO NEXTGEN yang diperkenalkan oleh MyIPO berupaya mengangkat harta intelek daripada sekadar perlindungan undang-undang kepada aset strategik yang memacu ekonomi negara.Beliau berkata inisiatif berkenaan juga merupakan komponen penting Pelan Strategik 20252030 selaras aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK 13) untuk menjadikan inovasi dan pengkomersialan IP sebagai enjin pertumbuhan baharu serta meningkatkan KDNK."Tiga teras utama digariskan iaitu pemodenan perundangan, pendigitalan perkhidmatan dan pengkomersialan IP, sejajar ekonomi MADANI," katanya.Pada AHIN 2026, 10 anugerah disampaikan termasuk Anugerah Inspirasi MADANI kepada tokoh seperti Datuk Azizulhasni Awang, ISN, Astro Arena, JDT, Petronas dan Al-Ikhsan Sports.REAKSIHari ini syarikat Monsta memenangi Juara Jenama untuk produk BoBoiBoy Watch. Ia satu kemenangan bermakna untuk kami sebab sebelum ini kami lebih dikenali sebagai syarikat animasi, tapi bila kita buat BoBoiBoy Watch ini, kita diversify bisnes daripada bidang animasi kepada produk."- Pengarah Pembangunan Produk Monsta, Mohd Safwan Ab Karim."Anugerah ini melihat secara keseluruhan bagaimana kita menguruskan harta intelek dan inovasi, bermula daripada pendaftaran sehinggalah ke peringkat pengkomersialan di pasaran." - Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi UKM, Profesor Dr Sawal Hamid Md Ali.

Go to News Site