Collector
Remaja hilang ditemukan dasar kolam sedalam lebih 3 meter | Collector
Remaja hilang ditemukan dasar kolam sedalam lebih 3 meter
Sinar Harian

Remaja hilang ditemukan dasar kolam sedalam lebih 3 meter

MIRI - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama tujuh rakannya di sebuah kolam di Kuah Kiri, Lorong Desa Senadin di sini, pagi Jumaat ditemukan lemas.Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Jackson Mara, 13, ditemukan di dasar kolam pada kedalaman lebih tiga meter kira-kira 12.15 tengah hari ini. "Pasukan bomba mengangkat mangsa ke permukaan dan menjalankan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi," menurut kenyataan itu. Terdahulu, pusat gerakan itu memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.04 pagi sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dengan kekuatan lapan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10 kilometer dari balai.Setiba di lokasi, pihaknya dimaklumkan seorang remaja lelaki hilang ketika mandi bersama tujuh rakannya, manakala kesemua rakannya selamat.Menurut kenyataan itu, operasi awal mencari dan menyelamat menggunakan teknik pencarian di permukaan sekitar kawasan kejadian bagi mengesan mangsa.Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 1.06 petang. - Bernama

Go to News Site