Collector
Jemaah Malaysia meninggal dunia, rebah di Dataran Masjidil Haram | Collector
Jemaah Malaysia meninggal dunia, rebah di Dataran Masjidil Haram
Sinar Harian

Jemaah Malaysia meninggal dunia, rebah di Dataran Masjidil Haram

MAKKAH - Seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia selepas rebah ketika hendak menunaikan solat Jumaat di dataran Masjidil Haram di sini, semalam.Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata jemaah lelaki berusia 65 tahun dari Pahang itu, disahkan meninggal dunia pada kira-kira 12.15 tengah hari waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia) akibat komplikasi jantung.Mohd Hisham berkata Allahyarham yang hadir ke tanah suci bersama isterinya berada di kawasan dataran Masjidil Haram bagi menunaikan solat Jumaat, sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri."Rawatan awal termasuk bantuan pernafasan diberikan di lokasi kejadian, sebelum beliau dibawa ke Hospital Jiwar Jabal Omar untuk rawatan lanjut."Bagaimanapun, jemaah berkenaan disahkan meninggal dunia di pusat rawatan berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.Beliau berkata segala urusan pengurusan jenazah Allahyarham telah diuruskan sepenuhnya oleh Tabung Haji, termasuk membawa jenazah ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas Maghrib dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea, di sini.Mohd Hisham berkata petugas unit kebajikan, kaunselor dan pembimbing ibadat haji turut menziarahi isteri Allahyarham bagi memberikan sokongan dan bantuan sewajarnya."Pihak TH juga akan melaksanakan badal haji bagi pihak Allahyarham serta majlis bacaan tahlil bersama jemaah haji lain," katanya. - Bernama  -

Go to News Site