Sinar Harian
KAJANG – Operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri hanyut selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, ketika mengambil bola diteruskan hari kedua pada Sabtu dengan pencarian diperluaskan dalam radius lima kilometer.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi pencarian melibatkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan bantuan dua unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Shah Alam dan KLIA."Operasi turut dibantu Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9), Indah Water Konsortium (IWK), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Rescue Bencana Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)."Pasukan PPDA akan menyusuri pembentungan dari lokasi mangsa jatuh sehingga ke Sungai Long," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini pada Sabtu.Ahmad Mukhlis berkata, pasukan turut menggunakan 'pole camera' IWK untuk membantu pencarian di dalam pembentung."Anggota penyelamat akan meranduk masuk ke dalam pembentung sejauh 270 meter bagi mengesan mangsa."Pembentung berkenaan dianggarkan sedalam kira-kira 50 meter di bawah paras tanah dengan diameter sekitar dua meter," katanya.Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.08 malam pada Jumaat."Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran kawasan perumahannya ketika bermain bola bersama rakan-rakan."Dimaklumkan terdapat empat kanak-kanak bermain bola sebelum bola terbabit terjatuh ke dalam longkang," katanya.Beliau berkata, mangsa cuba mengambil bola berkenaan namun dihanyutkan arus deras."Rakan mangsa sempat memegang tangannya tetapi gagal disebabkan keadaan licin, hujan dan arus air yang deras," katanya.
Go to News Site