Sinar Harian
KOTA BHARU – Dua remaja lelaki direman selama tujuh hari, manakala pasangan warga emas direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang gadis berusia 19 tahun.Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Amirul Asyraf Abdul Rasid terhadap kesemua suspek termasuk warga emas wanita berusia 60 tahun dan lelaki berusia 66 tahun berkenaan.Tempoh reman berkuat kuasa bermula pada Sabtu.Kesemua suspek sebelum ini ditahan dalam serbuan berasingan di Taman Murni, Jalan Abdul Kadir Adabi dan Kampung Belukar Luas, Ketereh oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan mangsa seorang penuntut kolej yang mayatnya ditemukan di atas jalan di Ketereh, kira-kira jam 12.35 tengah malam pada Jumaat.Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi penemuan sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut.Hasil bedah siasat mendapati 61 tikaman di keseluruhan badan dan muka serta punca kematian adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada.Dalam operasi tangkapan itu, polis turut merampas dua kereta, dua telefon bimbit, satu set pakaian, sepasang selipar, empat unit pelapik kaki serta sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian.Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Siasatan lanjut masih dijalankan.
Go to News Site