Collector
Penuntut ditikam 61 kali: Punca kematian akibat tikaman berganda di dada | Collector
Penuntut ditikam 61 kali: Punca kematian akibat tikaman berganda di dada
Sinar Harian

Penuntut ditikam 61 kali: Punca kematian akibat tikaman berganda di dada

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej wanita berusia 19 tahun yang ditemui maut di Ketereh, di sini, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius tikaman berganda di bahagian dada.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II mendapati mangsa, Nurfisya Zulkifly, 19, mengalami pelbagai kesan tikaman dengan jumlah 61 tikaman di beberapa bahagian badan termasuk dada.Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berlaku di lokasi lain sebelum mayat mangsa ditemui di lokasi penemuan kira-kira jam 12.30 tengah malam di atas jalan berhampiran kawasan sawah berkenaan."Mangsa disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat."Siasatan lanjut mendapati 61 tikaman dan punca kematian adalah akibat kecederaan tikaman berganda di bahagian dada," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.Susulan kejadian itu, polis menjalankan beberapa siri serbuan di lokasi berasingan sekitar Kota Bharu dan Ketereh yang membawa kepada penahanan empat individu terdiri daripada dua remaja lelaki berusia 19 tahun serta pasangan warga emas berusia 60 dan 66 tahun."Polis juga merampas dua kereta, dua telefon bimbit, satu set pakaian, sepasang selipar, empat unit pelapik kaki."Sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut ditemui," ujarnya.Kesemua suspek kini direman antara tiga hingga tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta hubungan antara suspek dan mangsa.

Go to News Site