Collector
Pakar akademik dedah kelemahan serius dasar pendidikan negara | Collector
Pakar akademik dedah kelemahan serius dasar pendidikan negara
Sinar Harian

Pakar akademik dedah kelemahan serius dasar pendidikan negara

TOKOH akademik tersohor negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Asma Ismail, semalam melontarkan kritikan paling keras terhadap sistem pendidikan negara apabila mendedahkan mengenai kegagalan Malaysia.Berucap dalam Sesi Utama: Menilai Dasar-Dasar Pendidikan Bumiputera di Kongres Pendidikan Bumiputera di Dewan Merdeka, World Trade Centre, beliau dengan lantang mempersoalkan naratif kejayaan sistem pendidikan sedia ada.Beliau memegang rekod sebagai Naib Canselor wanita pertama Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ketua Pengarah Pengajian Tinggi wanita pertama dan Presiden wanita pertama Akademi Sains Malaysia.Dr Asma menegaskan bahawa sekiranya sistem pendidikan Malaysia benar-benar berfungsi dengan baik, maka tidak mungkin wujud keperluan mendesak untuk menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera.Hakikat bahawa kongres ini diadakan, menurut beliau, adalah bukti jelas bahawa terdapat kegagalan asas yang masih belum ditangani.Dr. Asma mendedahkan bahawa Malaysia kini berdepan dengan kadar kemiskinan pembelajaran (learning poverty) sebanyak 42 peratus, iaitu hampir separuh kanak-kanak berusia 10 tahun tidak mampu membaca dan menulis pada tahap yang sepatutnya."Masalah pertama adalah kemiskinan pembelajaran, yakni learning poverty. 42 peratus kemiskinan pembelajaran berlaku di kalangan kanak-kanak yang tidak boleh membaca dan menulis apabila umurnya 10 tahun dia masih tidak boleh mencapai ability to membaca dan menulis. Dan 42 peratus 'is very high'," katanya.Beliau menegaskan bahawa angka ini merupakan indikator kegagalan asas mental sistem pendidikan negara dalam membina kemahiran asas.Lebih membimbangkan, katanya, situasi ini berlaku walaupun Malaysia memperuntukkan antara 3.7 peratus hingga 3.9 peratus daripada KDNK untuk pendidikan, iaitu antara yang tertinggi di rantau ASEAN."Kerajaan telah meletakkan 3.7 peratus-3.9 peratus daripada KDNK dan ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan Negara-Negara ASEAN tapi impak daripada peruntukan yang diberi 'is not good enough'," katanya.Keadaan ini, menurut beliau, membuktikan bahawa peningkatan peruntukan semata-mata tidak menjamin peningkatan kualiti hasil pembelajaran.Sebaliknya, ia mendedahkan kelemahan serius dalam keberkesanan penggunaan sumber.Dalam hujah yang lebih kritikal, beliau menekankan bahawa sekitar 27,000 pelajar setiap tahun gagal dalam peperiksaan SPM, sekali gus terkeluar daripada sistem pendidikan tanpa kemahiran yang mencukupi untuk memasuki pasaran kerja.Beliau mengkritik pendekatan sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan akademik dan gagal menyediakan laluan alternatif yang lebih sesuai kepada pelajar yang cenderung kepada kemahiran.Menurut beliau, kegagalan untuk menyalurkan pelajar ini lebih awal ke dalam laluan seperti TVET merupakan satu pembaziran besar sumber negara.Katanya, keadaan ini bukan sahaja menjejaskan masa depan individu tersebut, tetapi juga memberi kesan kepada produktiviti ekonomi negara secara keseluruhan."Kedua adalah keciciran pelajar sekitar 27 ribu setiap tahun yang tidak lulus SPM menyebabkan mereka tercicir tanpa memperolehi kemahiran yang mencukupi dan ini menunjukkan ketidakcekapan dalam penggunaan sumber untuk menghasilkan impak yang bermakna," katanya.Krisis keyakinan awam terhadap sistem pendidikanDr. Asma turut membangkitkan isu yang lebih mendalam, iaitu kemerosotan kepercayaan awam terhadap sistem pendidikan kebangsaan.Beliau mendedahkan bahawa hanya 45% ibu bapa kini mempunyai keyakinan terhadap sistem pendidikan negara, satu angka yang mencerminkan krisis legitimasi yang serius."Dalam masa yang sama, peningkatan 34 peratus enrolmen ke sekolah swasta dan antarabangsa antara 2019 hingga 2024 menunjukkan kecenderungan jelas masyarakat untuk mencari alternatif di luar sistem kebangsaan," katanya.Beliau memberi amaran bahawa trend ini, jika tidak dibendung, akan membawa kepada peningkatan polarisasi kaum dan jurang ekonomi, sekaligus menghakis fungsi sekolah kebangsaan sebagai platform integrasi sosial."Ketiga adalah kepercayaan awam yang merosot. Hanya 45 peratus ibu bapa sekarang menyatakan keyakinan terhadap sistem pendidikan kebangsaan. Enrollment di sekolah swasta dan antarabangsa sekarang ini meningkat sebanyak 34 peratus dalam tempoh 2019 hingga 2024. Sekiranya berterusan akan membawa kepada peningkatan polarisasi kaum dan juga ekonomi serta peningkatan enrollment di sekolah swasta dan antarabangsa," katanya.Kelemahan kualiti guru yang kritikalDalam satu kenyataan yang sangat tegas, Dr. Asma menegaskan bahawa kualiti sistem pendidikan tidak akan pernah melebihi kualiti gurunya.Namun, beliau menyatakan bahawa latihan semula dan pembangunan profesional guru pada masa ini masih tidak mencukupi untuk menangani perubahan pesat dalam kurikulum dan teknologi.Guru kini, menurut beliau, bukan sahaja perlu mahir dalam pedagogi asas, tetapi juga perlu menguasai bidang baharu seperti pengaturcaraan (coding), kecerdasan buatan (AI) dan isu kesihatan global dan planetary health"Kegagalan untuk menyediakan latihan semula secara sistematik akan menyebabkan kualiti pengajaran terus merosot dan memberi kesan langsung kepada hasil pembelajaran pelajar," katanya.Ujar beliau, latihan kemahiran dan latihan semula guru dalam perkhidmatan masih tidak mencukupi sebab kita berlaku perubahan kurikulum dengan pesat."Guru sekarang patut tahu tentang coding, guru sekarang patut tahu tentang artificial intelligence, guru sekarang patut tahu tentang planetary health, dan semua ini jika tidak mendapat latihan semula, upskill reskill, maka ini akan menyebabkan kualiti pengajaran kekal rendah dan ini akan menjejaskan hasil pembelajaran di semua peringkat," katanya.17 kementerian, tiada penyelarasanSalah satu kritikan paling struktural yang dikemukakan ialah mengenai fragmentasi tadbir urus sistem pendidikan negara.Menurut beliau, keseluruhan ekosistem pendidikan termasuk pendidikan awal, akademik, TVET, badan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat kini diurus oleh sehingga 17 kementerian, dengan 12 daripadanya terlibat dalam TVET sahaja."Keadaan ini menyebabkan tiada kesinambungan dasar, ketiadaan mekanisme semak dan imbang yang berkesan, pertindihan fungsi antara agensi dan pembaziran sumber," katanya.Beliau menyifatkan keadaan ini sebagai salah satu punca utama kegagalan pelaksanaan dasar secara menyeluruh."Kita juga ada masalah tadbir urus yang berpecah. Sistem pendidikan seperti pra-universiti, akademik, TVET, badan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat sebenarnya diurus oleh pelbagai kementerian, semua sistem ini ada 17 kementerian, 12 nya sudah berada di TVET dan akta dan polisi yang berbeza yang mentadbir urus the continuum education kita."Ketiadaan mekanisme semak dan imbang, yakni check and balance, yang berkesan menyebabkan perlaksanaan yang lemah dan penggunaan sumber yang tidak optimum," katanya.Bukan tiada duit tapi salah letakDalam kritikan yang paling tajam, Dr. Asma menolak sepenuhnya tanggapan bahawa masalah pendidikan berpunca daripada kekurangan peruntukan.Beliau menegaskan bahawa Malaysia sebenarnya membelanjakan 3.63 peratus daripada KDNK untuk pendidikan, lebih tinggi berbanding Singapura (2.2 peratus) dan Vietnam (2.9 peratus).Namun, hasil pembelajaran Malaysia masih ketinggalan, termasuk kadar kemiskinan pembelajaran yang lebih tinggi."Bila kita lihat perbelanjaan pendidikan Malaysia sebanyak 3.63 peratus daripada KDNK adalah lebih tinggi kalau kita bandingkan dengan Singapura yang spend hanya 2.2 peratus daripada KDNK dan Vietnam yang hanya 2.9 peratus daripada KDNK."Namun hasil pembelajaran pelajar Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara tersebut. Malaysia spend a lot of money tetapi kita punya learning poverty paling tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara lain," katanya.Beliau merumuskan masalah ini dengan satu kenyataan yang sangat jelas: "Masalahnya bukan kita tidak ada duit. Masalahnya ialah kita tidak meletakkan duit di tempat yang betul."Pra-sekolah diabaikan walaupun pulangan tinggiMerujuk kepada kajian Bank Dunia 2024, Dr. Asma menegaskan bahawa pelaburan dalam pendidikan pra-sekolah memberikan pulangan paling tinggi dari segi ekonomi dan sosial.Namun, Malaysia hanya memperuntukkan sekitar 0.13 peratus daripada KDNK untuk pra-sekolah, jauh di bawah standard antarabangsa sebanyak 1 peratus.Beliau menyifatkan keadaan ini sebagai kesilapan strategik yang besar, kerana kegagalan membina asas awal pembelajaran akan memberi kesan berpanjangan sepanjang hayat pelajar."Di Malaysia ini sebenarnya agihan pelaburan kita, walaupun kerajaan telah memperuntukkan bajet paling tinggi untuk pendidikan yang merangkumi pendidikan sekolah dan juga pendidikan tinggi bajet kita paling tinggi but look at the way the money is allocated. This is where we went wrong."Paling rendah adalah kepada pra-sekolah, di kadar 0.13 peratus KDNK, padahal kalau dibanding dengan standard antarabangsa sepatutnya 1 peratus yang kita belanjakan. Akan tetapi nampaknya bajet kita lebih diberi penumpuan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah dan bila dilihat RoV dan RoI tidak setimpal," katanya.Selain itu, beliau turut mengkritik bahawa pembelajaran sepanjang hayat yang sepatutnya menjadi tonggak utama dalam ekonomi masa depan masih menerima peruntukan paling rendah.Keadaan ini menyebabkan tenaga kerja Malaysia kurang bersedia untuk menghadapi perubahan pesat dalam ekonomi global yang semakin berasaskan teknologi dan kemahiran.Reformasi tidak akan berlaku tanpa 'political will'Mengakhiri pembentangannya, Dr. Asma menegaskan bahawa semua cadangan reformasi yang dibentangkan tidak akan membawa sebarang perubahan sekiranya tiada komitmen politik yang sebenar.Beliau menyatakan bahawa tanpa "political will", segala usaha reformasi hanya akan kekal sebagai retorik tanpa impak.Tekan beliau, "If there is no political will, whatever we do ain’t gonna fly."

Go to News Site