Collector
UMNO perlu kekal fleksibel, senjata utama kekal relevan- Mohamad | Collector
UMNO perlu kekal fleksibel, senjata utama kekal relevan- Mohamad
Sinar Harian

UMNO perlu kekal fleksibel, senjata utama kekal relevan- Mohamad

KUALA LUMPUR- UMNO perlu kekal fleksibel dalam menghadapi cabaran politik semasa, selari dengan realiti bahawa dalam politik moden, fleksibiliti merupakan senjata utama untuk kekal relevan.Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, matlamat parti itu jelas iaitu mengembalikan UMNO sebagai parti dominan."Kemenangan bukan datang dengan sendiri sebaliknya hasil disiplin, strategi dan kesatuan."Kalau kita berpecah, kita kalah sebelum bertanding," katanya ketika ucapan pembukaan Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Sabtu.Beliau berkata, justeru, UMNO tidak boleh kekal seperti dahulu dan mesti berubah."Perubahan itu mesti bermula sekarang. Kalau kita tidak berubah hari ini, rakyat akan tukar kita esok," katanya.Dalam pada itu beliau turut menegaskan bahawa UMNO tidak mati dan tidak hilang sebaliknya, parti itu sedang diuji serta setiap kali diuji, UMNO bangkit lebih kuat."Dukunglah UMNO sebagai gerakan pembaharuan yang menjadikan Islam sebagai inspirasi kemajuan dan sebagai cara hidup yang sebenar, bukan sekadar citra yang diolah mengikut selera politik.

Go to News Site