Collector
Ringgit kukuh mesej negara kembali sebagai destinasi ekonomi, pelaburan Asia - Kamil Munim | Collector
Ringgit kukuh mesej negara kembali sebagai destinasi ekonomi, pelaburan Asia - Kamil Munim
Sinar Harian

Ringgit kukuh mesej negara kembali sebagai destinasi ekonomi, pelaburan Asia - Kamil Munim

SHAH ALAM - Prestasi ringgit Malaysia yang semakin mengukuh disifatkan sebagai mesej jelas bahawa negara kembali muncul menjadi destinasi ekonomi dan pelaburan diyakini di rantau Asia.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perkembangan positif itu perlu diteruskan menerusi reformasi ekonomi yang berterusan, pengukuhan tata kelola, disiplin fiskal dan daya tahan domestik agar manfaat pertumbuhan dapat dirasai seluruh rakyat."Pengukuhan ringgit bukan sekadar angka di pasaran kewangan, tetapi simbol keyakinan dunia terhadap kestabilan dan masa depan ekonomi Malaysia."AMK Malaysia berpandangan bahawa perkembangan ini merupakan petunjuk jelas bahawa pelaksanaan dasar ekonomi oleh Kerajaan Madani berada pada landasan yang tepat dan mula diterjemahkan melalui keyakinan pasaran global," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Ujar Muhammad Kamil, meskipun terdapat pihak memainkan naratif pesimis terhadap ekonomi negara, namun hakikatnya komuniti kewangan antarabangsa melihat negara dalam perspektif lebih positif."Apa yang lebih membanggakan, pengukuhan ini bukan berlaku secara sementara atau bersifat spekulatif, sebaliknya menunjukkan trend yang konsisten dan berterusan hasil kekuatan asas ekonomi negara serta keyakinan pelabur terhadap hala tuju pentadbiran Malaysia Madani."Data dan analisis ekonomi semasa menunjukkan ringgit bukan sahaja mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), malah turut mencatat prestasi lebih baik berbanding beberapa mata wang utama Asia termasuk yuan China dan dolar Singapura dalam tempoh tertentu tahun ini," ujarnya.Menurutnya, kekuatan ringgit pada hari ini tidak berlaku secara kebetulan sebaliknya disokong beberapa faktor utama termasuk pertumbuhan ekonomi negara yang mampan."Selain itu, aliran masuk pelaburan asing yang positif, kestabilan politik, reformasi ekonomi yang jelas serta keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM)"Malah, laporan ekonomi turut menunjukkan kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit meningkat secara ketara, membuktikan bahawa pengukuhan ini bukan hanya bergantung kepada kelemahan dolar AS semata-mata tetapi turut mencerminkan kekuatan sebenar mata wang negara berbanding rakan dagang utama Asia," kata beliau.

Go to News Site