Collector
'Jika mahu tebuk atap, lama dahulu buat' - UMNO Negeri Sembilan | Collector
'Jika mahu tebuk atap, lama dahulu buat' - UMNO Negeri Sembilan
Sinar Harian

'Jika mahu tebuk atap, lama dahulu buat' - UMNO Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – UMNO Negeri Sembilan menegaskan tidak pernah berhasrat untuk merampas jawatan Menteri Besar, sebaliknya mempunyai keupayaan berbuat demikian sejurus selepas pilihan raya negeri (PRN) yang lalu.Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, UMNO memiliki 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) lima kerusi, DAP (11) dan Amanah (satu). "Jika UMNO mahu tebuk atap, UMNO telah lakukan lama dahulu. Rakan-rakan ADUN di Negeri Sembilan boleh sahkan, tidak ada sebarang perbincangan awal untuk tebuk atap. "Kalau UMNO mahu berkuasa, peluang itu sudah terhidang selepas PRN, tapi UMNO memilih bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan. "Krisis hari ini hanya timbul setelah UMNO hilang keyakinan terhadap Menteri Besar apabila krisis adat dan perlembagaan ini gagal diurus dengan tertib," katanya ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di sini pada Sabtu. Dalam pada itu beliau turut menegaskan pendirian 14 ADUN UMNO-BN yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun adalah muktamad dan tidak akan berubah. Menurutnya, keputusan itu bukan didorong oleh agenda kepentingan politik atau tebuk atap sebaliknya berkaitan institusi adat dan raja di negeri itu. "Ini bukan soal politik atau kuasa, tetapi berkaitan urus tadbir kerajaan yang menguruskan institusi adat dan raja di Negeri Sembilan."UMNO tidak mempunyai pilihan selain mengambil tindakan ini demi kepentingan negeri bagi mengelakkan krisis adat menjadi lebih parah," katanya.

Go to News Site