Collector
[VIDEO] 'Terlalu awal untuk kongsi peranan saya dalam UMNO' - KJ | Collector
[VIDEO] 'Terlalu awal untuk kongsi peranan saya dalam UMNO' - KJ
Sinar Harian

[VIDEO] 'Terlalu awal untuk kongsi peranan saya dalam UMNO' - KJ

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan beliau diamanahkan untuk menguruskan beberapa perkara oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Khairy Jamaluddin atau KJ bagaimanapun berkata, perkara yang dimaksudkan terlalu awal untuk dikongsi secara umum."Saya rasa terlalu awal untuk saya kongsikan perkara ini kerana ia belum bermula lagi."Tapi sudah semestinya bukan peranan atau jawatan rasmi pun cuma beliau minta saya urus beberapa perkara spesifik," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.Khairy ditanya mengenai sebarang peranan yang diberikan kepadanya selepas kemasukan semula beliau ke dalam parti tersebut.Sementara itu, beliau sekali lagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden atas kesudian menerimanya kembali ke dalam UMNO, ditambah pula pemimpin parti itu ketika ucapan penggulungan mengakui terdapat kelemahan serius dari kedua-dua pihak.KJ turut memasang harapan agar UMNO dapat melangkah ke hadapan dan bekerjasama dengan lebih berkesan."Sekarang saya hanyalah ahli kehormat, jadi saya ingin melihat UMNO kukuh dan sebenarnya kita tidak perlu tunggu 20 tahun pun sepertimana dikatakan oleh Presiden, kita akan tunjukkan prestasi yang baik dalam pilihan raya akan datang."Tetapi saya fikir apabila Presiden mengatakan kita berdua mempunyai kelemahan atau kesilapan pada masa lalu, itu hanyalah contoh kepada strategi lebih besar iaitu mengakui kesilapan lalu."Beliau menggunakan dirinya dan saya sebagai contoh. Namun saya rasa di sebaliknya, beliau mungkin secara tidak langsung bermaksud bukan hanya individu. Tetapi secara kolektif sebagai parti, kita perlu akui pernah melakukan kesilapan," ujarnya.Pada masa sama, bekas Menteri Kesihatan itu berpandangan, UMNO sebenarnya menjayakan lebih banyak perkara positif berbanding kesilapan lampau.Pada 17 April lalu, KJ antara bekas ahli UMNO yang diterima masuk semula ke dalam UMNO menerusi gagasan Rumah Bangsa.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka.Selain KJ, nama pemohon yang diputuskan oleh MKT UMNO termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar.Jelas Asyraf Wajdi, ini termasuk 6,252 bekas pimpinan dan ahli di peringkat UMNO bahagian serta cawangan seluruh negara.Pada Januari 2023, UMNO mengambil tindakan disiplin tegas apabila memecat KJ daripada parti itu.

Go to News Site