Collector
PKR perkenal TERAS sistem dipacu AI perkemas urusan pilihan raya | Collector
PKR perkenal TERAS sistem dipacu AI perkemas urusan pilihan raya
Sinar Harian

PKR perkenal TERAS sistem dipacu AI perkemas urusan pilihan raya

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu melancarkan Sistem Pengurusan Pilihan Raya 'TERAS' bagi memperkemas urusan pilihan raya.Diilhamkan oleh Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar, TERAS merupakan sistem operasi kempen pilihan raya berasaskan data yang dibangunkan untuk menyokong keseluruhan ekosistem kempen PKR daripada pengurusan data pengundi hingga pelaksanaan kerja lapangan dan komunikasi bersasar.PKR dalam satu kenyataan berkata, menerusi integrasi teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai terasnya, sistem ini membolehkan pendekatan kempen yang lebih tersusun, responsif dan berasaskan data.Menurutnya, ujian rintis telah dijalankan ke atas TERAS di dua lokasi strategik pada bulan lalu, dan data yang dikumpulkan menunjukkan bahawa sistem ini mempunyai potensi besar dalam memetakan sentimen pengundi tetapi memerlukan penambahbaikan dari segi pengesahan automatik."Sepanjang ujian rintis ini, para pembangun mendapati sistem ini sangat responsif dan pantas dalam memberikan maklum balas terhadap sebarang ralat teknikal yang dilaporkan."Didapati bahawa reka bentuk yang ringkas ini penting bagi membolehkan pengurus kempen menggunakan masa mereka dengan lebih efektif untuk perancangan strategik dan mobilisasi di lapangan tanpa dibebankan dengan kerenah birokrasi berkaitan pendaftaran serta sokongan teknikal jentera."Secara keseluruhannya, Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) menunjukkan bahawa ekosistem TERAS memiliki seni bina perisian yang kukuh serta potensi tinggi untuk integrasi strategik dalam dalam kempen pilihan raya," katanya pada Sabtu.Tambah kenyataan itu, Aliran data (gelung data) daripada kajian lapangan (PULSE), yang disalurkan terus ke Pusat Arahan (NEXUS) dan diintegrasikan ke dalam skrip pusat panggilan (CONNECT), berfungsi dengan baik.Jelasnya, bagi memastikan TERAS berfungsi secara holistik dalam kempen pilihan raya, sistem ini perlu mencapai 'Objektif Latihan Minimum'."Fokus pembangunan kini adalah untuk beralih daripada fasa ujian yang bergantung kepada pembangun kepada operasi yang intuitif dan berdikari."Hanya dengan menjadikan sistem ini semudah mungkin, jentera barisan hadapan dapat memaksimumkan impaknya dalam tempoh singkat tanpa memerlukan latihan teknikal yang mendalam."Pelaksanaan TERAS juga mencerminkan komitmen PKR terhadap reformasi dalaman, bukan sahaja dalam dasar dan perjuangan, tetapi juga dalam cara kita bekerja dan mengamalkan politik berasaskan nilai,"ulasnya.

Go to News Site