Sinar Harian
PENGARAH Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky mengingatkan skuad badminton lelaki supaya tidak mengulangi prestasi 'yo-yo' di Piala Thomas apabila beraksi di temasya Sukan Asia 2026.Menurutnya, Sukan Asia akan menjadi ujian lebih besar kerana melibatkan acara berpasukan dan individu, sekali gus menuntut tahap konsistensi tinggi dari semua pemain.Sukan Asia 2026 dijadualkan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini di Aichi-Nagoya, Jepun."Kita ada masa tetapi perkara seperti di Horsens tidak boleh berlaku lagi di Sukan Asia."Kita perlu lebih konsisten dari awal hingga akhir," katanya.Perjalanan skuad Piala Thomas negara di Horsens, Denmark terhenti di peringkat suku akhir apabila tewas 0-3 kepada juara bertahan, China.Keputusan tersebut menyaksikan Malaysia terus kempunan menamatkan kemarau selama 32 tahun menjulang Piala Thomas, selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.Malaysia memulakan kempen Kumpulan B dengan kemenangan tipis 3-2 ke atas England, diikuti kemenangan 4-1 menentang Finland, sebelum tumpas kepada juara edisi 2014, Jepun.
Go to News Site