Sinar Harian
BINTANG seni bela diri campuran (MMA) Rusia, Islam Makhachev dilaporkan sudah memulakan kem latihan sebagai persiapan mempertahankan gelaran welterweight UFC dengan pengumuman rasmi mengenai lawan dijangka dibuat dalam masa terdekat.Perkembangan itu disahkan rakan sepasukannya, Gadzhi Rabadanov yang memaklumkan juara dua divisyen tersebut kini menjalani latihan intensif di kawasan pergunungan Dagestan sebagai sebahagian daripada fasa awal persiapan."Dia sudah mula kem latihan dan sedang berlatih sekarang. Mungkin tidak lama lagi kita akan tahu siapa lawan seterusnya," ujar Gadzhi.Dalam masa sama, bayangan mengenai calon pencabar turut timbul apabila Carlos Prates menyebut nama Ian Machado Garry sebagai individu yang berpotensi berdepan Islam.Spekulasi itu hadir ketika perhatian turut terarah kepada aksi Prates menentang bekas juara, Jack Della Maddalena yang sebelum ini tewas kepada islam dalam perebutan takhta divisyen welterweight pada November tahun lalu.Difahamkan, aksi pertama mempertahankan kejuaraan welterweight itu dijangka berlangsung sekitar Ogos di UFC 330.Islam sendiri sebelum ini memaklumkan lawannya sudah dikenal pasti secara lisan, namun belum ada perjanjian rasmi dimeterai.
Go to News Site