Sinar Harian
MAKKAH - Hasrat seorang wanita untuk menunaikan ibadah haji bersama anak tersayang tidak kesampaian apabila zuriatnya itu ‘dijemput’ Ilahi sebelum sempat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.Kisah menyayat hati itu dikongsikan pembimbing haji, Ustaz Mohd Firdus Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ustaz Rock menerusi hantaran video di aplikasi ThreadsMenurutnya, beliau terserempak dengan jemaah wanita berkenaan sejurus selesai melakukan tawaf sebelum menegur kasut yang dipakai wanita itu."Hajah, elok pakai kasut, kasut itu lawa," ujarnya dalam video tersebut.Namun, jawapan yang diterima cukup menyentuh hati apabila wanita terbabit memaklumkan kasut tersebut adalah pemberian anaknya.Wanita itu sepatutnya menunaikan ibadah haji bersama anaknya, namun takdir ALLAH SWT menentukan sebaliknya apabila anaknya meninggal dunia terlebih dahulu.Ustaz Rock berkata,walaupun kini berada di Makkah, wanita berkenaan hanya mampu membawa kenangan berupa barangan pemberian arwah anaknya sepanjang berada di Tanah Suci.Mengulas lanjut, Ustaz Rock berkata, wanita itu pada awalnya meluahkan rasa sedih kerana terpaksa menunaikan ibadah tanpa ditemani insan tersayang.Bagaimanapun, rakan sebiliknya tampil memberikan sokongan moral dengan mengajaknya meneruskan ibadah bersama.Rakan sebilik wanita itu turut tampil memberikan sokongan moral dengan memegang tangannya sambil mengajaknya meneruskan ibadah bersama."Kawan-kawan dia ahli bilik mak cik tadi terus pegang, ‘eh tak, kita kawan-kawan, kita kawan sama-sama, jom sekali pergi saie’," ujarnya.Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa ibadah haji adalah atas ketentuan ALLAH SWT yang memampukan sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang."Itulah ALLAH takdirkan, ALLAH yang memampukan, tidak kira umur, kaya atau miskin. Semoga ALLAH panggil kita semua untuk tunaikan haji," ujarnya lagi.
Go to News Site