Sinar Harian
SHAH ALAM - Sebuah lori tangki minyak sawit terbalik dan menumpahkan bahan komoditi berkenaan di atas jalan raya menghala ke Bandar Sultan Suleiman, dekat sini semalam.Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, pada kira-kira jam 1.55 petang lori terbabit yang dari Rantau Panjang, Klang sedang menuruni jambatan sebelum kunci tangki tercabut daripada kepala lori, sehingga menyebabkan tangki jatuh di lorong kiri susur lebuh raya."Pemandu lelaki warganegara berumur 49 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah tampil membuat laporan polis. Hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu terbabit negatif," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Vijaya turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan, untuk hadir ke mana-mana balai berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp R. Kishen Raj menerusi talian 011-26249291.Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sebelum ini, tular di media sosial video yang memaparkan sebuah lori tangki minyak dipandu di sebuah jalan raya di Klang secara tiba-tiba tertanggal dan terbalik sehingga menumpahkan minyak di atas jalan. - Bernama
Go to News Site