Sinar Harian
SEREMBAN - Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu digesa membuat permohonan maaf secara terbuka di semua platform kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Gesaan itu dibuat oleh Sekretariat Taat Setia Sokongan Tuanku Muhriz menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Megat D Shahriman Datuk Zaharuddin pada Ahad.Beliau berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab, dayus, hipokrit dan tidak bermaruah kepimpinan UMNO Negeri Sembilan yang dengan sengaja mengheret Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke dalam Hari Sambutan UMNO yang ke-80."Hari ini kamu mengheret Tuanku untuk tutup kelemahan politik kamu dan esok lusa kamu jual pula nama Tuanku untuk kekal berkuasa."Inilah politik hipokrit, munafik dan terhina UMNO Negeri Sembilan. Ini adalah satu tindakan derhaka, terkutuk dan tidak boleh dimaafkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Ujarnya, tindakan berkenaan secara jelas mencabul kedaulatan Yang di-Pertuan Besar yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 Bahagian II dan melanggar prinsip Raja Berperlembagaan di bawah Perkara 32 dan Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan.Justeru katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat dan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, serta kesalahan mencabul Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 kerana menggunakan Institusi Diraja dan menghasut rakyat."Majlis Tertinggi UMNO mesti menggantung serta memecat semua pemimpin UMNO Negeri Sembilan yang terlibat kerana mencemar nama baik parti dan melakukan penderhakaan terhadap Raja."Jika Presiden UMNO berdiam, maknanya Presiden juga bersekongkol,"katanya.Tegasnya, Sekretariat memberi tempoh 48 jam untuk memenuhi tuntutan berkenaan dan sekiranya tiada sebarang tindakan selepas tempoh tersebut, pihaknya akan mendapatkan nasihat guaman bagi tindakan undang-undang.Tambahnya, Institusi Diraja bukan milik UMNO, tetapi milik rakyat dan derhaka kepada Tuanku bermakna derhaka kepada rakyat."Pengkhianat kepada Tuanku adalah musuh rakyat Negeri Sembilan."Cukup-cukuplah kurang ajar, hipokrit dan dayus. UMNO Negeri Sembilan hari ini bukan lagi pembela Raja. Kamu adalah petualang sebenar," katanya.
Go to News Site