Collector
Haji sendirian pada usia 18 tahun | Collector
Haji sendirian pada usia 18 tahun
Sinar Harian

Haji sendirian pada usia 18 tahun

MAKKAH - Ketika ramai remaja di negara kita sedang melalui fasa mencari identiti diri, seorang anak muda berusia 18 tahun, melakar pengalaman luar biasa apabila berangkat ke Tanah Suci seorang diri untuk menunaikan ibadah haji.Yusof Razman, bekas pelajar Maktab Tentera Diraja berkata, peluang menunaikan ibadah haji itu adalah hasil perancangan awal ibunya yang mendaftarkannya sejak kecil lagi.Menurutnya, beliau didaftarkan seawal tahun 2008 dan bersyukur apabila namanya terpilih pada musim haji kali ini."Alhamdulillah, mak saya daftar sejak saya kecil. Tahun ini nama saya dipilih dan saya dapat datang walaupun seorang diri," katanya ketika ditemui di sini.Berdikari sejak mudaWalaupun pertama kali ke luar negara tanpa keluarga, Yusof mengakui tidak berdepan kesukaran besar kerana sudah biasa hidup berdikari ketika di asrama."Saya tak terlalu gementar. Mungkin sebab sebelum ini saya bersekolah asrama, jadi sudah biasa berjauhan dengan keluarga. Cuma ini pengalaman baharu sebab pertama kali ke luar negara seorang diri," ujarnya.Anak keempat daripada enam beradik itu berkata, perbezaan usia dengan rakan sebilik bukan penghalang untuk menyesuaikan diri, malah menjadi peluang untuk menimba pengalaman."Saya anggap ini peluang untuk belajar daripada mereka. Walaupun umur berbeza, kami boleh berbual dan berkongsi pengalaman," katanya.Perancangan ibu bapaMenurutnya, amalan menabung sejak kecil yang diusahakan ibunya banyak membantu merealisasikan impiannya ke Tanah Suci."Saya ada simpan duit sendiri seperti duit raya dan sekolah, tapi mak memang banyak membantu sejak awal dengan memasukkan simpanan dalam akaun Tabung Haji," katanya.Berkongsi pesanan ibu, Yusof berkata beliau sentiasa diingatkan agar menjaga diri, memelihara solat dan memperbanyakkan ibadah sepanjang berada di Tanah Suci."Mak pesan jaga diri, jaga solat dan banyakkan ibadah di Tanah Haram," katanya.Hargai pengorbanan ibu bapaDalam masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kedua ibu bapanya yang banyak berkorban bagi memastikan beliau dapat menunaikan ibadah haji pada usia muda."Terima kasih mak dan ayah sebab bantu saya sampai ke sini. Ayah juga banyak membantu dari segi perbelanjaan untuk saya datang ke Tanah Suci," katanya.Yusof turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas ini."Saya berharap dapat sambung belajar, mungkin ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau matrikulasi," katanya.Selain itu, beliau percaya menjaga hubungan baik sesama manusia dan dengan Allah SWT antara perkara penting dalam kehidupan."Saya rasa jaga hubungan dengan orang dan dengan Allah itu antara perkara paling penting dalam hidup," katanya.Saran daftar awalDalam pada itu, beliau menggalakkan ibu bapa agar mendaftarkan anak-anak untuk haji sejak kecil bagi memberi peluang menunaikan ibadah itu pada usia muda."Saya sarankan ibu bapa buka akaun Tabung Haji untuk anak-anak sejak kecil. Lagi awal daftar, lagi cepat peluang untuk pergi," ujarnya.Mengulas pengalaman di Tanah Suci, Yusof berkata beliau juga menerima perhatian baik daripada rakan sebilik yang banyak membimbing dan membantu sepanjang berada di sana."Kadang-kadang mereka ambil berat, tanya keadaan saya dan bantu ambilkan makanan," katanya.Beliau turut menyifatkan perkhidmatan Tabung Haji sebagai memuaskan dan memudahkan urusan jemaah."Setakat ini semua mudah. Kalau tak faham, saya tanya dan mereka bantu. Jadi saya rasa sangat memudahkan," katanya.

Go to News Site