Collector
Dari rasa risau ke syukur | Collector
Dari rasa risau ke syukur
Sinar Harian

Dari rasa risau ke syukur

MAKKAH - Pengalaman berada di Tanah Suci nyata memberi makna mendalam buat jemaah haji Malaysia apabila pelbagai cabaran awal seperti penyesuaian diri, faktor cuaca dan kebimbangan menjaga ahli keluarga bertukar menjadi kenangan penuh syukur dan keinsafan.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, setiap detik dilihat sebagai peluang berharga yang tidak ternilai.Rata-rata jemaah yang ditemui berkongsi pengalaman hampir sama, bermula dengan rasa teruja dan gusar, namun bertukar menjadi tenang hasil bantuan berterusan petugas Tabung Haji serta kemudahan yang disediakan.Paling menyentuh hati pastinya saat pertama kali melihat Kaabah, yang disifatkan sebagai detik sukar digambarkan dengan kata-kata dan meninggalkan kesan mendalam dalam diri setiap jemaah."Sudah hampir 10 hari saya berada di sini sebagai pengiring ayah. Perasaan saya sangat teruja kerana dapat berada di Tanah Suci. Walaupun pada awalnya sukar menyesuaikan diri dengan waktu dan cuaca, Alhamdulillah kini kami sudah dapat menyesuaikan diri."Paling menyentuh hati apabila pertama kali melihat Kaabah, saya berdebar dan seolah-olah tidak percaya diberi peluang untuk sampai ke sini," kata Nur Raihan Shapei dari Negeri Sembilan.Mohd Nor Shukriya Mohd Yusof dari Sepang pula berkata, lebih seminggu di sini, dia melihat sendiri bagaimana petugas Tabung Haji banyak membantu jemaah."Dari segi makan minum juga sangat baik, malah kami tidak pernah berlapar. Hubungan sesama rakan sebilik yang pada awalnya tidak dikenali turut menjadi rapat, menjadikan ibadah ini lebih bermakna," katanya.Sementara itu, Masfitriniza Mohd Selamin dari Putrajaya berkata, dia pada awalnya risau kerana datang bersama ibu berusia 75 tahun, namun segala kebimbangan itu hilang sebaik tiba apabila semua urusan diuruskan dengan baik."Saat pertama kali melihat Kaabah bersama ibu saya rasa sangat terharu dan ia menjadi menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan," katanya.Amiruddin Ahmad dari Kuala Lumpur berkata, ini pengalaman pertama dia ke Tanah Suci sebagai pengiring abang yang berusia lebih 70 tahun."Pada awalnya saya berasa ragu-ragu kerana tiada pengalaman, namun bimbingan berterusan Tabung Haji membantu saya memahami setiap ibadah. Bagi saya, pengalaman ini sangat berbaloi," katanya.Dalam pada itu, Zakeria Suboh dari Sabak Bernam, Selangor pula berkata, dia sentiasa berdoa untuk sampai ke Masjid Nabawi dan melihat Kaabah."Alhamdulillah doa itu dimakbulkan. Kali pertama melihat Kaabah, saya sangat terharu hingga menitis air mata dan berharap kami semua diberi kekuatan untuk memperoleh haji mabrur," katanya.

Go to News Site