Sinar Harian
KAJANG – Tiada petunjuk baharu ditemui setakat ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi SAR masih diteruskan dengan tumpuan di kawasan mangsa dipercayai jatuh sehingga ke Sungai Langat.Menurutnya, setakat ini pihaknya hanya melaksanakan operasi berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan."Tiada petunjuk baharu ditemui dan operasi diteruskan mengikut kaedah serta penugasan yang telah disusun."Seramai 50 anggota terlibat dalam operasi ini yang dibahagikan kepada beberapa pasukan bagi memperluaskan pencarian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, operasi SAR dibahagikan kepada dua sektor utama melibatkan pencarian di sepanjang aliran air."Pasukan A ditugaskan melakukan pencarian di Sungai Langat melibatkan radius sejauh 2.4 kilometer (km)."Manakala Pasukan B menjalankan pencarian dari lokasi mangsa dipercayai jatuh sehingga jarak 1.4km," katanya.Tambah beliau, operasi SAR akan terus dipergiatkan dengan pemantauan rapi di kawasan terlibat bagi mengesan sebarang petunjuk baharu.Media sebelum ini melaporkan kawasan pencarian operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diperluaskan ke Sungai Langat.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, Izman Adnan berkata, radius SAR yang memasuki hari ketiga, hari ini membabitkan 5km dari lokasi kejadian di Pangsapuri Sri Hijau sehingga Sungai Long yang bersambung dengan Sungai Langat.Menurutnya, pencarian turut dilakukan dari Sungai Langat sejauh 24km menghala ke penahan air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya, menjadikan radius keseluruhan pencarian 29km.Terdahulu, kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus di Bandar Mahkota Cheras dilaporkan sering bermain di kawasan berlakunya tragedi itu.
Go to News Site