Collector
Agenda bumiputera Kerajaan Madani lebih lantang, tegas dan berani - Anwar | Collector
Agenda bumiputera Kerajaan Madani lebih lantang, tegas dan berani - Anwar
Sinar Harian

Agenda bumiputera Kerajaan Madani lebih lantang, tegas dan berani - Anwar

KUALA LUMPUR - Agenda pemerkasaan bumiputera dilaksanakan dengan lebih lantang, tegas dan berani di bawah pentadbiran Kerajaan Madani sejak tiga tahun lepas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan itu, membuktikan kerajaan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan kaum bumiputera seperti yang didakwa sesetengah pihak.Beliau menarik perhatian, terhadap keputusan kerajaan memberikan tempat secara automatik ke program matrikulasi kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan 10A tanpa mengira kaum, namun pada masa yang sama tetap menjamin kuota sedia ada bagi bumiputera."Dalam masa yang sama, 90 peratus anak bumiputera turut diberikan peluang melalui program matrikulasi, sekali gus mencerminkan pendekatan inklusif kerajaan."Justeru, dalam perbahasan, jangan hanya memilih satu aspek sahaja tanpa melihat keseluruhan dasar secara menyeluruh, jangan cetuskan persepsi persaingan zero-sum game," kata beliau ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Ahad.AKAN MENYUSUL

Go to News Site