Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya draf pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) disiapkan dalam tempoh tiga bulan.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu, termasuk memperkemas fungsi MARA sebagai payung besar ekonomi Bumiputera serta pusat sehenti pembangunan, menerusi penyelarasan pelbagai agensi dan dasar berkaitan.Beliau berkata, tumpuan turut diberikan kepada aspek tadbir urus, bagi memastikan agensi Bumiputera itu bukan sahaja lantang menyuarakan kepentingan, tetapi lebih tegas dalam melaksanakan tatakelola yang baik."Dalam tempoh 60 tahun, ada pasang surutnya. Ada masa isu tatakelola itu dianggap paling bobrok dan lemah. Sebab itu saya ucap terima kasih kepada pengerusi MARA yang memberi perhatian terhadap isu tatakelola."Maka saya anggap Akta MARA yang baharu perlu disiapkan sebelum akhir tahun. Saya tidak perlu tunggu lama. Tidak perlu ambil masa tujuh hingga lapan bulan…beri draf kepada saya dalam tempoh tiga bulan," kata beliau ketika berucap pada Majlis Sambutan 60 Tahun MARA di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Ahad.AKAN MENYUSUL
Go to News Site