Sinar Harian
BATU GAJAH - Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan di Batu 7, Jalan Tanjung Tualang di sini awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, mangsa, Shah Rin Busu, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM SM Sport dalam perjalanan dari Gopeng menuju ke Kampung Air Denak."Apabila tiba di lokasi kejadian, terdapat seekor lembu berada di tengah jalan dan mangsa tidak sempat mengelak sebelum melanggar haiwan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini.Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa yang merupakan seorang buruh ladang meninggal dunia di tempat kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Go to News Site