Collector
Budak 9 tahun lemas: Mayat Nur Qaseh ditemui 11km dari lokasi terjatuh | Collector
Budak 9 tahun lemas: Mayat Nur Qaseh ditemui 11km dari lokasi terjatuh
Sinar Harian

Budak 9 tahun lemas: Mayat Nur Qaseh ditemui 11km dari lokasi terjatuh

KAJANG - Kehilangan kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, di sini sejak tiga hari lalu terungkai apabila mayat mangsa ditemukan pada Ahad.Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor, Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat dipercayai kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemui kira-kira jarak 11 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.Mayat dikenalpasti sebagai Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, berdasarkan pengecaman oleh ibu bapa mangsa."Mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) yang menaiki bot menyusuri Sungai Langat."Ibu dan bapa mangsa telah hadir untuk membuat pengecaman di lokasi," katanya pada Ahad.AKAN MENYUSUL

Go to News Site