Collector
[VIDEO] Waspada kos badal haji murah | Collector
[VIDEO] Waspada kos badal haji murah
Sinar Harian

[VIDEO] Waspada kos badal haji murah

JEDDAH - Umat Islam diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran perkhidmatan badal haji yang ditawarkan pada harga terlalu rendah, khususnya di bawah RM9,500 atau 9,000 riyal, kerana dikhuatiri tidak selari dengan kos sebenar pelaksanaan ibadah tersebut di Tanah Suci.Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata, kadar berkenaan menimbulkan keraguan kerana harga pakej haji yang ditawarkan kepada pemastautin di Arab Saudi sendiri mencecah sekitar 9,000 hingga 10,000 riyal.Katanya, perbezaan ketara harga tersebut menjadikan tawaran badal haji terlalu murah wajar dipersoalkan kesahihannya."Nasihat kami, sekiranya sesuatu perkhidmatan badal haji ditawarkan pada harga yang terlalu murah, ia wajar menimbulkan tanda tanya."Kita sedia maklum kos sebenar untuk menunaikan ibadah haji adalah tinggi. Justeru, tawaran yang terlalu rendah berkemungkinan tidak memenuhi rukun atau wajib haji yang ditetapkan," katanya.Beliau berkata demikian selepas ketibaan 276 jemaah haji Malaysia kumpulan KT48 di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, di sini pada Ahad.Menurutnya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan membabitkan rakyat Malaysia yang terlibat dengan kes badal haji palsu atau penipuan.Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa kes dilaporkan media tempatan di Arab Saudi melibatkan cubaan menunaikan ibadah haji tanpa permit sah."Alhamdulillah, setakat ini ia tidak melibatkan rakyat Malaysia dan kita harap keadaan ini kekal sehingga tamat musim haji nanti, Insya-ALLAH," katanya.Beliau turut memaklumkan kerajaan Arab Saudi kini memperketat penguatkuasaan termasuk pemeriksaan di pintu masuk serta operasi di rumah persendirian dan hotel bagi memastikan hanya jemaah memiliki permit sah dibenarkan berada di Makkah."Mereka akan memastikan semua individu memiliki permit haji yang sah. Jika tiada, individu berkenaan diarahkan keluar dari Makkah," katanya.Terdahulu, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir dan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun turut hadir menyambut ketibaan 276 jemaah haji KT48 di terminal berkenaan.

Go to News Site