Collector
'Qaseh kami ditemui jua akhirnya' | Collector
'Qaseh kami ditemui jua akhirnya'
Sinar Harian

'Qaseh kami ditemui jua akhirnya'

KAJANG – "Qaseh kami ditemui jua akhirnya, terima kasih atas doa kalian."Demikian luahan keluarga kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, selepas jasad mangsa ditemukan pada Ahad.Bapa saudara mangsa, Afiq Ahmad, 33, berkata, penemuan itu menamatkan penantian penuh debaran keluarga selepas lebih 40 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.Menurutnya, mereka sekeluarga amat terharu dengan sokongan berterusan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan sepanjang usaha pencarian berlangsung."Terima kasih kepada pihak media atas liputan yang membuka ruang untuk satu Malaysia mendoakan sepanjang usaha pencarian dijalankan serta tidak lupa juga kepada semua pihak termasuk pasukan penyelamat yang terlibat dalam usaha SAR ini."Lepas lebih 40 jam, Qaseh kami telah ditemukan, sesungguhnya kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Katanya, pihaknya difahamkan urusan bedah siasat akan dijalankan pada hari ini."Insha ALLAH, jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Rakan untuk disolatkan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kehilangan Nur Qaseh Deandra yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras di sini terungkai apabila mayatnya ditemukan pada Ahad.Mangsa, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, ditemui selepas operasi SAR dijalankan secara intensif oleh pelbagai agensi sejak hari kejadian.Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.17 tengah hari di Sungai Langat.Menurutnya, lokasi penemuan adalah kira-kira 10.6 kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

Go to News Site