Collector
Kalimah ALLAH dalam tokong, Pemuda UMNO Kangar lapor polis | Collector
Kalimah ALLAH dalam tokong, Pemuda UMNO Kangar lapor polis
Sinar Harian

Kalimah ALLAH dalam tokong, Pemuda UMNO Kangar lapor polis

KANGAR – Pemuda UMNO Bahagian Kangar membuat laporan polis berhubung isu paparan kalimah ALLAH SWT yang didakwa diletakkan dalam sebuah tokong di premis kedai perkakasan di Seriab, di sini.Ketuanya, Saiful Fariddil Jasmi berkata, pihaknya menerima aduan berserta gambar berhubung perkara itu sebelum bergegas ke lokasi bagi mendapatkan penjelasan daripada pemilik premis berkenaan.Menurutnya, hasil pertemuan tersebut, pemilik premis mengakui perkara berkenaan dan telah memohon maaf."Pemuda UMNO Bahagian Kangar memandang serius perbuatan ini kerana ia menyentuh kesucian kalimah ALLAH dan sensitiviti umat Islam."Tindakan sedemikian adalah amat tidak wajar dan boleh menimbulkan keresahan serta kemarahan dalam kalangan masyarakat Islam."Demi menjaga kesucian agama Islam serta memastikan perkara seperti ini tidak berulang, Pemuda UMNO Bahagian Kangar membuat satu laporan polis agar siasatan yang menyeluruh dapat dijalankan oleh pihak berkuasa.," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau turut menggesa agar siasatan dilakukan secara menyeluruh mengikut peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan perkara sama tidak berulang.Dalam pada itu, beliau menegaskan kepentingan semua pihak untuk lebih peka serta menghormati sensitiviti agama masing-masing demi memelihara keharmonian masyarakat.Terdahulu, tular gambar dan video kalimah ALLAH SWT di dalam sebuah tokong di media sosial yang sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan rakyat di negeri ini.

Go to News Site