Collector
Gol 'tangan' Sesko jadi perdebatan | Collector
Gol 'tangan' Sesko jadi perdebatan
Sinar Harian

Gol 'tangan' Sesko jadi perdebatan

PERTEMBUNGAN antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford dibayangi kontroversi besar membabitkan teknologi video bantuan pengadil (VAR) yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak.Gol kedua United yang dijaringkan oleh Benjamin Sesko menjadi tumpuan selepas proses semakan VAR yang memakan masa lama meninggalkan penonton dan pemain dalam keadaan penuh mendebarkan sebelum ia disahkan.Dalam aksi tersebut, United bermula garang apabila mendahului seawal minit keenam menerusi Matheus Cunha sebelum Sesko menggandakan kedudukan lapan minit kemudian, sekali gus merekodkan gol ke-10 peribadinya musim ini.Gol tersebut berpunca daripada tandukan Bruno Fernandes yang mencetuskan keadaan kucar-kacir di hadapan gawang. Penjaga gol Liverpool, Freddie Woodman cuba menepis bola tersebut, namun ia melantun ke arah kaki Sesko sebelum menerjah jaring.Pemain Liverpool segera melakukan protes mendakwa penyerang itu menggunakan tangan untuk mengawal bola, memaksa pegawai VAR, Stuart Attwell melakukan semakan terperinci selama tiga minit.Walaupun beberapa sudut rakaman menunjukkan kemungkinan bola menyentuh jari Sesko, ketiadaan bukti yang jelas menyebabkan gol tersebut tetap disahkan.Menyedari kekeliruan yang berlaku, Liga Perdana Inggeris mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi platform X bagi menjelaskan situasi berkenaan."Keputusan pengadil untuk mengesahkan gol telah disemak dan dikekalkan oleh VAR. Ia dianggap tiada bukti konklusif yang menunjukkan Sesko menyentuh bola dengan tangan sebelum menjaringkan gol," menurut kenyataan itu.Bagaimanapun, drama tidak terhenti di situ apabila Liverpool mempamerkan kebangkitan luar biasa pada separuh masa kedua menerusi jaringan Dominik Szoboszlai dan Cody Gakpo untuk mengikat kedudukan 2-2.Namun, Kobbie Mainoo muncul wira buat United apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-77.Kemenangan dramatik 3-2 itu membolehkan skuad kendalian Michael Carrick mengumpul 64 mata untuk mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga liga, sekali gus mengesahkan slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Go to News Site