Collector
Carrick puji kerja keras pemain United | Collector
Carrick puji kerja keras pemain United
Sinar Harian

Carrick puji kerja keras pemain United

PENGENDALI Manchester United, Michael Carrick enggan terlalu terbawa-bawa dengan emosi meskipun skuad kendaliannya berjaya menumbangkan seteru tradisi, Liverpool 3-2 di Old Trafford pada Ahad.Kemenangan dramatik itu juga secara rasmi mengesahkan slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan selain mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga liga.Bagaimanapun, Carrick menyifatkan kejayaan itu sebagai satu proses dan mahu barisan pemainnya kekal fokus untuk mengharungi baki tiga perlawanan terakhir musim ini."Dalam beberapa aspek, saya sangat bangga dengannya (kejayaan layak ke Liga Juara-Juara). Saya fikir segala kerja keras yang telah dilakukan oleh pemain dan kakitangan adalah sesuatu yang boleh kita banggakan."Jika kita bersikap jujur, sasaran ini ke Liga Juara-Juara pernah kelihatan agak jauh pada satu ketika dahulu. Jadi, banyak kerja keras telah dilakukan untuk meletakkan kami di kedudukan ini dengan baki tiga perlawanan lagi," katanya.Mengulas lanjut mengenai kemenangan ke atas Liverpool, Carrick menegaskan bahawa dia tidak mahu pasukannya meraikan pencapaian tersebut secara berlebihan.Tegas beliau, matlamat utama kelab adalah untuk berada di kedudukan yang lebih tinggi pada masa hadapan."Ini bukan sesuatu yang kami bincangkan secara mendalam sebagai satu kumpulan dan ia bukan sesuatu yang perlu diraikan secara berlebihan."Bagi saya, ini hanyalah satu langkah. Kami mahu lebih lagi dan mahu menamatkan saingan di kedudukan lebih tinggi dalam liga."Namun, pujian yang amat besar wajar diberikan kepada semua pemain dan kakitangan kerana meletakkan kami di posisi ini pada peringkat musim sekarang," ujarnya lagi.United kini hanya perlu mengekalkan momentum dalam tiga perlawanan terakhir bagi memastikan mereka menamatkan saingan musim ini di kelompok tiga teratas Liga Perdana Inggeris.

Go to News Site