Sinar Harian
TINDAKAN Ultras Malaya untuk melaksanakan boikot fasa kedua dibimbangi mampu memberi kesan lebih besar terhadap arena bola sepak tempatan khususnya jika kumpulan itu berjaya mempengaruhi penyokong lain.Sebelum ini, Ultra Malaya bersama sub dibawah kumpulan itu mengumumkan boikot fasa pertama yang dilaksanakan lebih tertumpu kepada aksi Harimau Malaya dengan tindakan tidak hadir ke stadium.Langkah tersebut susulan tiga tuntutan yang dikemukakan pada 13 April lalu yang merangkumi penarikan balik kerakyatan tujuh pemain warisan, pemulangan pengurusan Harimau Malaya kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta pelaksanaan reformasi menyeluruh dalam landskap bola sepak negara yang didakwa tidak dipenuhi.Ultras Malaya kemudian memberikan tempoh sehingga 31 Ogos untuk ketiga-tiga tuntutan itu dilaksanakan, sebelum mengumumkan kemungkinan boikot fasa kedua.Berbeza dengan fasa pertama, boikot fasa kedua dikatakan bakal melibatkan keseluruhan ekosistem Liga Malaysia.Walaupun tahap keberkesanan boikot tersebut masih belum dapat dipastikan, pengalaman sebelum ini menunjukkan ketiadaan Ultras Malaya menyebabkan suasana stadium menjadi hambar tanpa sorakan dan chant mereka.Sekiranya fasa kedua diteruskan dan berjaya menarik sokongan penyokong lain, ia berpotensi menimbulkan pelbagai masalah termasuk kehadiran penonton yang semakin merosot.Situasi itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kewangan pasukan sekali gus menyukarkan usaha kelab untuk menjana pendapatan.Malah, ketiadaan penonton juga boleh menyebabkan penaja berkira-kira untuk menaja berikutan kurangnya nilai pemasaran.Dalam jangka panjang, keadaan tersebut berisiko membawa kepada kemerosotan kualiti liga dan kewangan kelab terjejas.Namun, terdapat juga pandangan yang menganggap impak Ultras Malaya tidak terlalu besar kerana mereka hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan penyokong bola sepak di negara ini.Bagaimanapun, sebarang tindakan boikot ketika liga tempatan berdepan kekurangan sambutan dilihat hanya akan memburukkan lagi keadaan.Justeru, FAM dan semua pihak berkepentingan disaran bertindak secara bijak dalam menangani isu ini demi kelangsungan bola sepak negara.
Go to News Site