Collector
280 laporan polis diterima berkaitan karikatur hina Sultan Selangor | Collector
280 laporan polis diterima berkaitan karikatur hina Sultan Selangor
Sinar Harian

280 laporan polis diterima berkaitan karikatur hina Sultan Selangor

SHAH ALAM – Sebanyak 280 laporan polis diterima dari seluruh negara berhubung penularan karikatur di media sosial yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, laporan tersebut direkodkan sehingga jam 5 petang, Ahad susulan penyebaran kandungan berkenaan sejak 25 April 2026."Kesemua laporan itu dibuat oleh pelbagai pihak yang mengecam tindakan provokasi melampau berkenaan."Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, siasatan sedang giat dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)."Fokus utama adalah untuk mengesan serta menahan individu yang bertanggungjawab mencemar kedaulatan institusi diraja."Orang ramai dinasihatkan agar menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak berkuasa," katanya.Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan kes.Katanya, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Go to News Site