Collector
Slot kritik keputusan VAR | Collector
Slot kritik keputusan VAR
Sinar Harian

Slot kritik keputusan VAR

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot mengakui dia tidak terkejut apabila keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) sekali lagi tidak memihak kepada pasukannya ketika tewas 2-3 di tangan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).Bagaimanapun, dia menegaskan anak buahnya perlu memperbaiki permainan dan berhenti melepaskan 'gol yang mengarut' selepas mencatatkan kekalahan ke-11 liga musim ini.Dalam aksi di Old Trafford itu, gol Benjamin Sesko yang meletakkan United mendahului 2-0 seawal minit ke-14 telah disemak oleh VAR kerana didakwa terkena tangan.Namun, pengadil Darren England mengekalkan keputusan gol tersebut selepas disahkan oleh pegawai VAR, Stuart Attwell, sekali gus mencetuskan kemarahan Slot."Jika ada sentuhan, dan saya fikir memang ada sentuhan... dalam sukan bola ini, jika bola berubah arah bermakna ada sentuhan. Maka kita patut berdebat sama ada itu sudah cukup untuk membatalkan gol tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.Slot turut mendakwa pasukannya sering menjadi mangsa keputusan VAR yang tidak konsisten sepanjang musim ini."Saya rasa tiada sesiapa yang terkejut musim ini jika ada campur tangan VAR, ia akan menentang kami. Ia adalah corak yang sama sepanjang musim."Saya ingat lagi perlawanan menentang Paris St-Germain di tempat sendiri, kami mendapat penalti kerana sentuhan lembut ke atas (Alexis) Mac Allister. VAR campur tangan dan ia bukan penalti. Minggu depannya, PSG pula yang dapat penalti (situasi hampir sama)," jelasnya lagi.Walaupun kecewa dengan mutu pengadilan, Slot tidak mahu menggunakan alasan itu sepenuhnya untuk menutup kelemahan benteng pertahanannya."Untuk gol kedua itu, kita bukan bolos semata-mata kerana bola terkena tangan. Kita bolos kerana kita kehilangan bola di posisi yang sangat bodoh. Jadi, kita perlu melihat diri sendiri terlebih dahulu."Ini adalah corak yang berlaku sepanjang musim, dan ada juga corak di mana kami sering melepaskan gol-gol yang mengarut," ujarnya.

Go to News Site