Collector
SPRM rakam keterangan Rafizi | Collector
SPRM rakam keterangan Rafizi
Sinar Harian

SPRM rakam keterangan Rafizi

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli akan dirakam keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.Keterangan itu diambil bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.Terdahulu, suasana di pekarangan pintu masuk hadapan ibu pejabat SPRM itu mula dipenuhi pengamal media yang menanti sejak awal pagi.Media sebelum ini melaporkan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan pada Isnin ini jam 10 pagi bagi membantu siasatan.Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuklah dalam kalangan menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.Ujar beliau, SPRM pada minggu lalu telah merakam keterangan bekas pegawai Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu Chai Jin Shern atau James Chai.

Go to News Site