Collector
Kes bunuh Nurfisya: Polis nafi bapa salah seorang suspek pegawai kanan polis | Collector
Kes bunuh Nurfisya: Polis nafi bapa salah seorang suspek pegawai kanan polis
Sinar Harian

Kes bunuh Nurfisya: Polis nafi bapa salah seorang suspek pegawai kanan polis

KOTA BHARU - Polis menafikan bapa salah seorang suspek yang didakwa menyebabkan kematian seorang penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, dakwaan tersebut tidak benar."Selagi benda itu bukan kenyataan rasmi dari pihak polis, jangan percaya."Warganet ini kadang-kadang siasatan mereka lebih daripada polis," katanya ketika dihubungi pada Isnin.Sebelum itu tular di media sosial mendakwa bapa salah seorang suspek yang ditahan merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi.Ini menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet apabila dakwaan tersebut berbunyi 'Fuhh...ada cable besar rupanya? Tragedi 61 tikaman. Mangsa ditemui dengan 61 kesan tikaman - mencetuskan persoalan besar: amarah melampau atau rasa kebal? Latar belakang suspek: Netizen gempar apabila diketahui bapa suspek merupakan pegawai kanan polis berpangkat tinggi.Sebelum itu Sinar Harian melaporkan mayat Nurfisya ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan di Ketereh oleh penduduk jam 12.22 tengah malam pada Jumaat.Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di kawasan tersebut.

Go to News Site