Collector
Rafizi disambut penyokong dengan jambangan bunga | Collector
Rafizi disambut penyokong dengan jambangan bunga
Sinar Harian

Rafizi disambut penyokong dengan jambangan bunga

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli disambut dengan jambangan bunga oleh penyokong ketika tiba di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Isnin.Bekas Menteri Ekonomi itu tiba kira-kira jam 9.31 pagi sebelum melangkah masuk ke bangunan berkenaan, sambil beramah mesra dengan penyokong yang hadir.Dalam pada itu, puluhan penyokong berkumpul di lokasi dengan sebahagian daripada mereka membawa bunga sebagai simbol sokongan terhadap beliau.Turut kelihatan berada di lokasi ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan beberapa individu lain.Selain itu, beberapa pengamal media menunggu sejak awal pagi di perkarangan bangunan SPRM bagi membuat liputan perkembangan kes berkenaan.Dalam pada itu, Rafizi sempat berinteraksi bersama media sebelum memasuki bangunan agensi berkenaan. Keterangan itu diambil bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.Terdahulu, suasana di pekarangan pintu masuk hadapan ibu pejabat SPRM itu mula dipenuhi pengamal media yang menanti sejak awal pagi.Media sebelum ini melaporkan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan pada Isnin ini jam 10 pagi bagi membantu siasatan.Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuklah dalam kalangan Menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.Ujar beliau, SPRM pada minggu lalu telah merakam keterangan bekas pegawai Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu Chai Jin Shern atau James Chai.

Go to News Site