Sinar Harian
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut kenyataan UMNO Negeri Sembilan yang dilaporkan sanggup menjadi pembangkang di negeri itu.Menurutnya, kenyataan UMNO negeri itu masih belum jelas dan tidak wajar diperbesarkan."Setakat ini, saya tidak mahu komen kenyataan seperti itu kerana perkara berkenaan belum jelas," katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai parti itu yang rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) sebagai sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.Terdahulu, Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilapor berkata, tindakan itu kerana pihaknya tidak mahu terpalit dengan kesalahan yang dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, terkait krisis adat dan Perlembagaan negeri berkenaan.AKAN MENYUSUL
Go to News Site