Collector
Tiada apa perlu disembunyikan – Rafizi | Collector
Tiada apa perlu disembunyikan – Rafizi
Sinar Harian

Tiada apa perlu disembunyikan – Rafizi

PUTRAJAYA – "Tiada apa yang perlu disembunyikan." Demikian reaksi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin.Rafizi berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan berkenaan.Menurutnya, beliau akan memberikan keterangan tanpa kehadiran peguam."Saya akan masuk sendiri tanpa peguam, kita tiada apa yang hendak disembunyikan," katanya kepada media sebelum memasuki bangunan SPRM.Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, kehadirannya adalah untuk membantu siasatan berhubung satu laporan yang dibuat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)."Saya dipanggil untuk memberi keterangan yang dimaklumkan ini ialah berhubung siasatan satu laporan yang dibuat oleh NGO mengenai kerjasama kerajaan dengan syarikat gergasi yang mereka bentuk cip iaitu Arm Holdings dari United Kingdom."Saya tak ada maklumat yang lain selain daripada itu," katanya.Rafizi berkata, beliau juga tidak dapat memberikan sebarang ulasan lanjut selepas selesai memberi keterangan.Menurutnya, perkara itu selaras dengan peruntukan undang-undang yang mengehadkan pendedahan maklumat.Terdahulu, bekas Menteri Ekonomi tiba kira-kira jam 9.31 pagi sebelum melangkah masuk ke bangunan berkenaan, sambil beramah mesra dengan penyokong yang hadir.Dalam pada itu, puluhan penyokong berkumpul di lokasi dengan sebahagian daripada mereka membawa bunga sebagai simbol sokongan terhadap beliau.Turut kelihatan berada di lokasi ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail dan beberapa individu lain.Keterangan itu diambil bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.Terdahulu, suasana di pekarangan pintu masuk hadapan ibu pejabat SPRM itu mula dipenuhi pengamal media yang menanti sejak awal pagi.Media sebelum ini melaporkan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi dipanggil untuk dirakam keterangan pada Isnin ini jam 10 pagi bagi membantu siasatan.Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuklah dalam kalangan Menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.

Go to News Site