Collector
'Adakah acara RXZ menggambarkan budaya kita?' - DAPSY Melaka | Collector
'Adakah acara RXZ menggambarkan budaya kita?' - DAPSY Melaka
Sinar Harian

'Adakah acara RXZ menggambarkan budaya kita?' - DAPSY Melaka

MELAKA - "Adakah acara mega motor RXZ benar-benar mencerminkan budaya kita?"Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Melaka, Cassel Krishnan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.Ia susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu yang menyatakan Melaka wajar dilihat sebagai bukti kejayaan dalam memacu sektor pelancongan tanpa perlu bergantung kepada hiburan jalanan bagi menarik pelancong asing.Muhamad Akmal berkata, kejayaan Melaka menarik kira-kira 15 juta pelancong tahun lalu dengan hasil mencecah hampir berbilion ringgit membuktikan pendekatan berteraskan warisan dan budaya mampu memberikan pulangan ekonomi yang besar.Mengulas perkara itu, Cassel berkata, Muhamad Akmal tidak seharusnya bersikap berat sebelah atau mempergunakan budaya sebagai alat politik."Kalau beliau mahu membenarkan hanya budaya Malaysia dipromosikan di Melaka, saya ada satu soalan ringkas."Adakah acara mega motor RXZ sedang menggambarkan ‘budaya kita’?" katanya menerusi hantaran di Facebook.Beliau berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh dan mempromosikan budaya tempatan, namun menegaskan agar isu budaya tidak dipolitikkan."Beliau bukan Exco Budaya dan Pelancongan, tetapi saya tidak pasti sama ada beliau masih Exco atau sudah menjadi pelakon."Kalau beliau mahu mengikuti kelas budaya, saya mempunyai ramai kenalan yang boleh mengajarnya," katanya.Muhamad Akmal sebelum ini mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons terhadap gesaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta beliau memberi cadangan yang membina dan menarik, bukannya hanya lantang menentang Festival Muzik Air Rain Rave yang telah berakhir pada Sabtu.Ia selepas Muhamad Akmal sebelum ini memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membatalkan pesta berlangsung di Bukit Bintang itu.Walaupun Melaka turut menganjurkan pesta air namun Muhamad Akmal menegaskan Melaka tidak menganjurkan acara berunsur aktiviti ‘disko jalanan’, sebaliknya kekal mempromosikan warisan tempatan sebagai tarikan utama.

Go to News Site