Collector
Presiden NGO didakwa fitnah MAIS isu tunggakan bina masjid | Collector
Presiden NGO didakwa fitnah MAIS isu tunggakan bina masjid
Sinar Harian

Presiden NGO didakwa fitnah MAIS isu tunggakan bina masjid

PUTRAJAYA – Seorang presiden badan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan membuat tohmahan terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu mengaitkan institusi agama negeri berkenaan dengan dakwaan tunggakan bayaran pembinaan masjid, tiga minggu lalu.Ahli perniagaan, Mohd Ridzuan Abdullah, 58, yang memakai kot warna kelabu, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Ezrene Zakariah.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak terbabit didakwa membuat tohmahan, dengan mempunyai sebab untuk mempercayai pertuturan itu akan merosakkan reputasi MAIS.Perkataan berkenaan mengaitkan kontraktor, MAIS dan masjid dengan tunggakan hutang selain dakwaan mempergunakan nama Istana.Kesalahan didakwa dilakukan di Bangunan Perdana, Jabatan Perdana Menteri di sini, jam 1 petang pada 13 April lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Sazali Omar mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin."Saya mohon mahkamah mengambil kira pertuduhan melibatkan tohmahan terhadap institusi agama negeri malah terdapat isu 3R dibangkitkan dalam kes berkenaan."Oleh itu, kami mohon dia dikenakan jaminan yang tinggi bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling.Bagaimanapun, peguam, T Ravindran yang mewakili tertuduh, merayu supaya anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minimum.Menurutnya, Mohd Ridzuan tidak mempunyai pendapatan tetap kerana hanya menjalankan perniagaan produk kesihatan."Walaupun pendapatannya umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' namun dia perlu menyara anak-anak bersama isteri yang juga seorang suri rumah."Dia merupakan bekas calon bagi kerusi Parlimen Kuala Langat pada Pilihan Raya Umum ke15 pada 2022 lalu, sekali gus menunjukkan ketulusannya dalam memenuhi semua syarat yang ditetapkan mahkamah," kata peguam.Mohd Ridzuan kemudian mencelah dengan menyatakan, dia pernah dijangkiti virus pada Jun tahun lalu sehingga menyebabkan, dia tidak dapat bekerja selama enam bulan.Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, Ezrene membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 Jun depan.Pada 16 April lalu, MAIS memberitahu, mahu mengambil tindakan termasuk memfailkan saman fitnah terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan tidak benar berhubung isu tunggakan bayaran projek pembinaan Masjid Al-Madaniah, Subang, Selangor.Setiausaha MAIS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini mengulas demikian selepas penularan video di aplikasi TikTok, yang mendakwa berlaku tunggakan bayaran serta salah urus membabitkan majlis agama negeri itu.

Go to News Site