Collector
Jalil Hamid penghibur unik, bakat tersendiri - Fahmi | Collector
Jalil Hamid penghibur unik, bakat tersendiri - Fahmi
Sinar Harian

Jalil Hamid penghibur unik, bakat tersendiri - Fahmi

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan Allahyarham Jalil Hamid sebagai penghibur unik dengan gaya dan bakat tersendiri.Menurut beliau, negara kehilangan sebutir lagi permata industri seni tanah air."Saudara Jalil Hamid merupakan seorang seniman yang tidak asing dalam dunia lakonan dan nyanyian sejak lebih empat dekad lalu."Segala jasa, bakti dan sumbangannya akan sentiasa dikenang," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan Allahyarham."Semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini."Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah," ujarnya.Terdahulu, media melaporkan Allahyarham Abdul Jalil Abdul Hamid, 69, yang mempunyai masalah jantung menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.Menceburi bidang seni sejak 1984, Jalil yang popular dengan single berjudul Ayam dan Raya pernah membintangi filem popular seperti Wanita Bertudung Hitam yang ditayangkan pada tahun 1992, Baginda (1997), Bisik Pada Langit (2017) dan Zombi Kampung Pisang (2007).Allahyarham terlibat dalam penghasilan lebih 30 filem, 25 lagu serta 70 telefilem dan drama tempatan sepanjang pembabitannya.Beliau turut memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Baginda pada Festival Filem Malaysia ke-13, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama bertajuk Calon Syurga di Anugerah Skrin 2016 dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Bisik Pada Langit) pada Anugerah Telenovela 2018.

Go to News Site