Collector
Lelaki meninggal dunia di Gunung Lambak | Collector
Lelaki meninggal dunia di Gunung Lambak
Sinar Harian

Lelaki meninggal dunia di Gunung Lambak

KLUANG - Seorang lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan turun setelah melakukan aktiviti mendaki Gunung Lambak, di sini tengah hari semalam.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh berkata, ketika kejadian, Muhamad Nur Hakimi Mohd Haris, 32, dari Felda Sungai Sibol, Kulai berada pada ketinggian 800 meter dari aras laut bersama tiga lagi rakannya."Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 1.42 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam dan tiba pada 2.30 petang."Setelah hampir empat jam, mangsa berjaya dibawa turun ke kaki gunung, namun disahkan telah meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, waris kepada mangsa turut berada di tempat kejadian sebaik menerima maklumat berhubung perkara itu.Bahrin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini untuk tindakan lanjut. - Bernama

Go to News Site