Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan, sebarang kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih belum dimuktamadkan.Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz berkata, walaupun terdapat perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua pihak, namun keputusan mengenainya hanya akan ditentukan apabila tiba masa sesuai.Amira Aisya yang juga ADUN Puteri Wangsa memberitahu, MUDA meletakkan sasaran untuk bertanding antara lima hingga 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor nanti."Kita lihat kerusi bercampur (kawasan campuran) membabitkan bandar dan juga luar bandar. Kalau kita tengok kerusi-kerusi yang pernah MUDA bertanding sebelum ini pun demografinya banyak berbeza."Kita sebelum ini bertanding kerusi di Larkin sebagai contohnya, ini memang kawasan urban. Kita juga bertanding di kerusi-kerusi yang semi-urban macam Bukit Permai atau pun Machap."Kita juga bertanding di kawasan yang pedalaman seperti di Tenang. Jadi kita bukan sekadar melihat kerusi di bahagian urban sahaja," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa sidang DUN di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Isnin.Turut hadir Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.Amira Aisya menegaskan, MUDA akan mempertahankan kerusi Puteri Wangsa yang kini menjadi rebutan beberapa parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH)."Calon-calon di kerusi Puteri Wangsa termasuk saya sendiri dan kita bersedia untuk bertanding berapa penjuru pun," ujarnya.
Go to News Site