Collector
'Rehatlah Nurfisya, kau bahagia di tempat tiada air mata' | Collector
'Rehatlah Nurfisya, kau bahagia di tempat tiada air mata'
Sinar Harian

'Rehatlah Nurfisya, kau bahagia di tempat tiada air mata'

SHAH ALAM – Seorang rakan baik kepada pelajar kolej yang maut ditikam menyifatkan Allahyarham insan baik serta tempat dia berkongsi masalah.Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, individu menggunakan akaun @Misscandy berkata, dia amat terkesan dengan pemergian Nurfisya Zulkifly."Kami rapat sangat, sakit bila kita hilang orang yang paling kita sayang, orang yang ada dengan kita sentiasa susah dan senang."Dulu setiap masalah kita kongsi, sekarang aku kena belajar hadap benda ini sorang. Terima kasih sebab pernah jadi rumah paling tenang untuk aku tumpang, rehatlah semua memori kau aku simpan kemas dalam hati."Kalau rindu ini boleh jadi jambatan, dah lama aku pergi jumpa kau. Tapi aku tahu kau dah bahagia di tempat yang tiada air mata," katanya.Sebelum ini media melaporkan, mayat Nurfisya, 19, ditemukan terbaring atas jalan di kawasan sawah di Kampung Kubang Getah, Ketereh, Kelantan.Mangsa juga penuntut semesta ketiga sebuah kolej itu dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan tersebut.Dalam pada itu wanita berkenaan turut menzahirkan doa agar roh Nurfisya tenang di alam berbeza."Nanti giliran aku sampai, jangan lupa tunggu aku di pintu syurga. Sahabat kau bukan sekadar kawan, kau keluarga yang aku pilih sendiri."Pemergian kau ajar aku tak semua kita sayang akan kekal di sisi," luahnya.

Go to News Site