Sinar Harian
MAKKAH – Penerbangan KT051 yang sebelum ini mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Oman dijadualkan berlepas ke Jeddah pada 6 Mei ini, jam 3 pagi waktu Oman dengan menggunakan pesawat alternatif.Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan memaklumkan, penerbangan tersebut dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada jam 5.10 pagi waktu Arab Saudi pada hari sama.Menurut kenyataan itu, kesemua 278 jemaah haji terlibat telah diberikan makanan dan minuman sebelum dibawa ke hotel penginapan bagi berehat sementara menunggu waktu pelepasan."Petugas daripada AMAL by Malaysia Airlines turut ditugaskan berada di lapangan terbang berkenaan bagi memantau keadaan semasa serta memastikan kebajikan jemaah terjaga," menurut kenyataan itu.
Go to News Site